COBWEG GAME

COBWEG GAME

Saturday, May 28, 2011

MEMBAIKI KASUT

Sekiranya anda perhatikan disekitar Lembah Kelang, kesemua mereka yang berkecimpung dalam perniagaan membaiki kasut  ini dimonopoli oleh orang dari Indonesia.

Terfikirkah kita berapa pendapatan mereka dalam sehari? Jawabnya sekitar RM 100 - 300 sehari. Kenapa orang Melayu kita tidak ambil peluang ini ..... Malu ?.... Malas ? .... atau apa alasan ?





Sunday, May 15, 2011

Monday, April 25, 2011

MAHU UNTUNG

Salah satu pelaburan yang kurang risiko adalah melabur dengan cara membeli emas, samada emas dalam bentuk bar atau dinar kelantan.

Katakan anda membeli emas RM30,000 dan pajak emas tadi dengan Al Rahnu. Anda dapat 70% nilai gadaian dan anda beli lagi emas RM21,000 dan anda gadai lagi d n beli lagi emas RM 14,000. Kini emas anda berjumlah RM 65,000.  Tempuh simpanan ialah selama 6 bulan + 1 bulan + 1 bulan = 8 bulan.

Cuba kira dalam masa setahun berapa keuntungan anda perolehi.


Thursday, April 21, 2011

PERLUKAH EMAIL INI

Diberitakan bahawa kerajaan akan membelanjakan RM50 juta untuk menyediakan email percuma 1 malaysia dan syarikat pengendalinya ialah syarikat kepunyaan adik PM sendiri.

Persoalan disini , rakyat tidak perlu email percuma , apa yang rakyat perlu  ialah kemudahan wifi percuma. Apakah ini tradisi rakyat diutamakan.

FIKIR-FIKIRKAN.

KERJAYA PILIHAN RAMAI.

Salam semua.

Mengikut kajian secara rambang, semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia yang
menjadikan forex sebagai kerjaya pilihan.

Untuk anda lahir sebagai Forex trader yang berjaya memerlukan masa lebih kurang 3 - 5 tahun. Justeru
itu jangan cepat berputus asa sekiranya dalam tempuh bercubaan anda kena margin call . Bukan senang kalau mahu hidup senang.  Mahu develope skill dan displin diri bukan suatu perkara yang mudah. Hanya mereka yang betul-betul istiqamah akan berjaya.

Friday, March 25, 2011

PENIPUAN MELALUI PAYUDARA

Kisah Penipuan Melalui Hisap Payudara.

Jakarta, 26 Mac 11: Berita heboh terkini. Hati-hati bagi lelaki hidung belang. Kini muncul modus kejahatan baru iaitu gadis cantik yang pura-pura merelakan payudaranya untuk di hisap. Inilah yang terjadi pada salah seorang tukang ojek atau motosikal sewa di Indramayu.

Sebut saja namanya Sar, seorang tukang ojek warga Santing Kecamatan Losarang. Masa di pangkalan ojek terlihat wanita cantik baru turun dari angkutan (bas) lalu kemudian menghampirinya. setelah tawar-menawar harga, akhirnya Sar mengantar wanita itu ke tempat tujuan yang di maksudkan.

Tetapi sampai di tengah jalan mendadak wanita atau cewek itu minta berhenti alasanya kerana matanya kena debu. Setelah berhenti terlihat cewek yang berumur 23 tahunan itu mengelap matanya dengan bahagian bawah baju yang ia pakai, hingga nampak payudaranya.

"Mbak yu, maaf susunya kelihatan. gak pake kutang yah?" kata Sar.

Cewek itu bukannya malu di tegur tukang ojek itu, malah tambah menggatal dan menawarkan, kalau mas mahu sila hisap saja.. Tanpa panjang lebar lagi Sar terus menyambutnya. Namun apa daya setelah melakukan aksi kotornya, Sar kemudian pingsan. kemungkinan payudaranya sudah di sapukan ubat bius. Bila Sar sedar, motor dan dompet duit hilang. Demikian laporan diambil dari pihak polis.

Heboh, heboh sampai ke Malaysia.. Kalau di Malaysia, ingat pemandu-pemandu teksi yang tidak kuat pegangan agamanya. (IH)
 
 
ciluk dari :   ibnuhasyim.com

Thursday, March 17, 2011

PELUANG JADI JUTAWAN SEGERA

Dalam akhbar hari ini diberitakan ada penanam rockmelon dgn keluasan tanaman 1.6 hektar boleh menghasilkan RM600,000. Mengikut perkiraan kami dgn keluasan 1.6 hektar rockmelon bisa mengeluarkan buah sebanyak  60,000 biji semusim ( kalau harga ladang RM10.00 sebiji).

Sama-sama kita tanam rockmelon bisa jadi jutawan segera.





Saturday, March 12, 2011

Friday, March 11, 2011

KURSUS FOREX DARI TEKNIK KE TAKTIK

Kami akan menganjurkan Kursus Forex dari Teknik Ke Taktik di Bukit Frazer pada bulan April hadapan.
Yuran Penyertaan RM650 seorang termasuk penginapan dan makan/minum. Sesiapa yang berminat boleh
hubungi melalui amhcs43@gmail.com. Penyertaan hanya terhad kepada 20 orang sahaja.

Tenaga penceramah seorang yang berpengalaman dalam forex lebih 12 tahun semasa beliau berada di USA dan UK.


Sifu Forex Sdr Mohd Azmi

KURSUS FOREX DI FRAZER'S HILL

Kursus forex akan diadakan di Shahzan  Inn Bukit Frazer pada 11hb - 13hb. April hadapan.
Yuran RM650 termasuk penginapan dan makan 6 x sehari. berminat sila hubungi amhcs43@gmail.com

Saturday, February 26, 2011

TERNAKAN BURUNG BARGGIE-1

Burung ini berasal dari Australia, burung yang paling popular kerana hidup berpasang-pasangan. Ia membiak secara koloni. Ia nya mengawan diwaktu pagi dan mula bertelur selepas 2 - 3 hari mengawan. Ianya bertelur sekitar 2 - 6 biji. bertelur sebiji setiap 2 hari. apabila burung betina mengawan, burung yang jantan akan memberi makan burung yang betina.






Proses mengeram telur selama 20 hari. burung jantan dan betina sama-sama memberi anak-anak mereka makan. selepas 21 hari anak burung barggie akan meninggalkan sarang dan induk tadi akan mula bertelur kembali.

Thursday, February 24, 2011

BURUNG BARGGIE

Taukah anda bahawa burung barggie mempunyai permintaan yang baik dinegara kita sebagai haiwan peliharaan.






Wednesday, February 23, 2011

POTENSI TERNAKAN MERPATI

Sebenarnya ternakan merpati secara komersil mempunyai peluang pasaran yang besar dinegara kita.
Setakat ini tidak ada penternak yang mengambil inisiatif untuk memasarkan daging merpati di pasaraya dan juga dipasartani. Apa kata kalau anda yang mempunyai kawasan mulakan projek ternakan merpati ini.
Penjagaan merpati tidak lah begitu sukar.






Tuesday, February 22, 2011

PROJEK TERNAKAN MERPATI

Bagi mereka yang berminat dengan ternakan haiwan, cuba fikirkan projek ternakan merpati secara
komersil. merpati cepat berkembang-biak. Khasiat makan daging merpati amat bagus untuk perkembangan kanak2 serta meningkatkan daya sex bagi lelaki.







Sunday, February 20, 2011

LAGI PENIPUAN INTERNET

Lagi penipuan berlaku di internet. mcm2 cara pujukan dilakukan bagi menyakinkan kita. Kalau anda lelaki
disertakan gambar awet muda yang cun-cun  supaya anda tergoda.... AWAS ya cik abang semua.